Twins


Cakap pasal twins ni hah . hm siapa kata ada twin ni best ? tak best ada lah . kitaorang twin yg bongok bongok je , hahaha . ish tak baik .Twin ni selalunya muka SAMA  en . aku TAK SAMA . nak tahu sebab apa ? hah aku sendiri pun tak tahu lahh . 

Haritu mintak ayah ceritakan mcm mana kitaorang masa kecik lagi , masa baru lahir tuu . Ayah kata anak besar sikit , aku besar tapak tangan ayah je . yaAllah keciknya , tapi ayah kata Alhamdulilah selamat and normal , agak agak en masa aku baru lahir tu , msti aku tak merasai alam dunia ni . ye lah selalunya ni sebesar tapak tangan kekadang de masalahnya . Ya Allah , teima kasih sbb bagi aku peluang tuk hidup . selang beberapa hari tu aku membesar sama besar dgn botol air mineral yg kecik tu , hah that's why lah kalau pergi jalan jalan mesti de botol yg sebesar botol air mineral tu dlm kreta . (Bila dah besar ni aku makin gemuk lah pulak)

Dari umur berapa tah dah start pakai baju sama , kasut sama , semuanya sama . Bila jalan jalan je orang mula pandang kita je , siapa tak malu en . And darjah 5 aku mintak something kat ayah , aku cakap kat ayah 'Ayah , tak nak pakai baju yg sama dgn kakak,malu lah bila orang pandang je ' then ayah jawab 'Tak pa lah , korang kan kembar ,elok lah pakai baju sama :)' eeee masa tu aku nangis kot bila ayah jawab mcm tu . then akhirnya ayah kata jugak 'yelaaa' . hah seronok gila aku time tu . Darjah 5 smpai lah sekarang , mana dah pakai baju sama sama ni . kalau nak bli baju or apa apa je , mesti aku cakap 'Kau jangan amik baju ni sama dgn aku , aku tak nak sama dgn kau ' kalau barang pun sama . hahaha tak tahu la knp . 

Abang mula bosan dgn ada dua adik kembar perempuan , so abang mintak nak adik lelaki . time tu aku bengang gila ah . then bila ada adik , adik buat hal ke adik lapar ke apa ke , mesti ckp kat abang mcm ni 'Kau yg nak adik en , so kau lah yg uruskan adik kau tu  . aku tak de adik , aku tak mintak pun ada adik ' hah kejam nya aku . hahahaha . Again out of topic . hahaha

Sekarang kalau kat rumah pun kadang kadang baik kadang kadang gaduh ,tpi klau baik tu , baik smpai tak terkata , siap bgi barang lagi , bila gaduh hah mula lah mintak balik barangnya . eeee selalu sngt mcm tu . tapi disebabkan kan kitaorang anak dara MOHD RAMLEE , so apa yg kitaorang nak msti dapat :) ada kalanya tak la . tapi dalam family ni aku je yg suka mengira , tapi aku tak seteruk abang lah , abang tu kalau keluar duit seriggit pun dia mintak kira . hah ingat lagi masa mintak hutang kat ayah , ayah kata 'teruknya lah anak dara ayah sorang ni , ye nanti ayah ganti balik hutang tuuu' hahaha teruk ke aku ni ? rasanya tak :p 

BYEE



Morning :)



MORNING :) harini cuaca sangat baik . Twitter pula membuat aku buntu dgn tweet TM tu . hah bnyaknya lah tm tu tanya , tapi ah biar jeee . hahaha . Kalau ikot kan aku bangun lmbt harini , tapi de orang yg pepagi dah menjerit dpn pintu bilik iaitu ABANG . Tgh syok mimpi tetiba je de orang menjerit 'Wei bangun ! aku nak keluar gi scm ni . nanti buatkan kerja aku eh . bye' amboi senangnya lah kan jd abang ni :3

Adik adik mesti ah kne mengalah dgn abang kan . so buat je lah . btw untunglah dia skrang poket tgh tebal , tu yg dia pergi . kalau tak,tak de nya . duit tu pun hasil drpd usaha dia kat SM VOKASIONAL. Best kot skolah situ , sejuk je . lepastu aktiviti jgn kata lah , bnyak gila . semuanya best best . tu yg rasa mcm form 4 nak skolah sana tpi nanti karang ibu ayah dah jemu asyik lalu putrajaya je . hahaha . tp serious memang best . dalam seminggu macam macam aktiviti dyeorang buat . Tahun depan nama skolah nya dah lain tukar kpd Kolej , KOLEJ VOKASIONAL SEPANG .Selalunya kolej ni mahal . hah tapi tk pa lah tuk belajar . 

Saja je crita pasal ni, tapi tahu out of topic . heee

hah back to topic yg sbenar ni . aku pelik dengan mirza , selalu wish MORNING Dia reply dlm pukul 10.45 / 11.30 . tapi sejak kebelakangan ni , aku wish je tak smpai 5 minit dia dah reply :/ wahhh kat situ aku dah ragu ragu gila . malas nak tanya . hmmmm . biar laaaaa . tu je lah yg aku pelik skrang ni . wei apa ni ? ah pape je lah . tapi .... eeee apalah aku ni . tapi takut dia curang :( walaupun dah buat motto hidup dgn BFF dia si HABIEL tu , aku still ragu ragu . wei apa kau ni anim ? hm hah lupakan laaa . maybe dia ltk music kot bila orang Whatsapp Dia . haih :')

Holidayssssss




Dstinasi bercuti kali ni di Terengganu . hope best lah kat sana . Katanya duk kat homestay . hm tertanya tanya kat ayah 'AYAH , KAT SANA ADA IRON TAK ?' 'AYAH KAT SANA ADA MESIN BASUH TAK ?' ' KAT SANA ADE HANGER TAK?' Hah macam macam lah , ayah kata kalau homestay ni semua ada . okayy . kalau tak de siap ayah . hahahaha .

Abang siap tanya 'AYAH SORANG BERAPA RINGGIT TUK BLI BARANG KAT SANA ?'  abg ni mcm lah tak de soalan yg dia nk tanya . ayah jawab 'NAK APA CAKAP JE KAT AYAH,AYAH BAYAR,JANGAN RISAU . MINTAK JELA PAPE' Wahhhh baiknya ayah . hahaha yela selalu ayah kata macam ni DUIT BOLEH DICARI TAPI KASIH SAYANG ANAK DAN ISTERI TAKBOLEH DICARI .Tu la ayah ckp , kadang kadang de jugak ckp dgn ayah 'ayah barang ni mahal lah' ayah mesti kata tak apa lah . pastu bila dlm kereta je ayah mesti ckp Nak ambik apa ambik je , ayah bayar jgn risau . tak pun kalau gi taman ke apa ke nk duit mesti ayah kata nak duit amik je kat dlm dompet ayah tu,nanti bru lah bgitau ayah okay . hah bestnya . tapi kitaorang adik beradik tk prnah mengambil peluang tu , apa yg ayah da offer semua tu kitaorang hanya mintak yg perlu je :)

Sambung pasal holiday pulak ni .tadi dh lari tajuk .[thanks ibu sbb blikan biskut mazola , my fav tu . haha] . Ayah kata bertolak malam dlm pukul 10 . wahhh mesti sejuk gila . and paling best berhenti kat station minyak yg ada mcd , tu mmng comfirm berhenti , just bli mcd tak lupa ice cream . hahaha . and ayah kata insyaAllah smpai terengganu pagi :) 


Can't wait this holiday :)

School Holidays Must Be HUNGRY



Asal cuti sekolah je LAPAR . hah tu lah aku , nanti bila masuk skolah gemok balik . haih . pemakanan kne lah jaga jugak . karang obesiti pulak . Untung sbnarnya dapat ibu yg suka cuba benda baru . bukan benda baru apa eh , benda baru dlm masakan :) Hari hari ibu balik kerja mesti mengadap tab then search some recipe . now sebuku yg kulit keras tu full dengan resepi masakan beliau tu . cuti skolah pun tak lupa jugak . lepas masak tu pun kadang kadang terus ambil tab and search lah apa yg beliau nak cuba tu 

kat rumah tu biasa nya kalau lapar masak lah apa yg patut . Ibu ni kalau dia dah dpt bahan apa yg dia nak ,mesti dia terus buat . baru baru ni ibu try buat kek oreo . sedap sngt . tp aku tak makan sngt sbb ...... hah sebab aku asyik mengadap phone je . Kadang kadang ade lah nnti sorang kata kat ibu 'IBU , TRY LAH BUAT RED VELVET ' 'IBU BUAT OREO CHESEE CAKE' 'IBU BUAT LAH ICE CREAM' 'IBU BUAT LAH CAKE COKLAT' 'IBU BUATLAH AGAR AGAR OREO' Macam macam lah suruh ibu buat . tapi buat masa ni ibu tak boleh buat semua tu sbb duit bnyak nak guna tuk holiday :( melepas semua tu , tpi ibu kata lepas holiday ibu nak buat semua tu :) wahhh makin gemok lah anak anak ibu . 

Datang ayah, ayah mana lah makan benda pelik pelik ni . ayah makan sikit pastu kalau sedap baru lah dia makan habis . tapi ayah makan habis ? kurang laaa . ayah ni diet je . diet sampai sakit :( hmm . ibu dah bnyak kali nasihat ayah jgn jog lagi makan bnyak sikit , tpi ayah buat bodo je , lahaii . haritu ayah ngadu sakit pinggang , nak rukuk pun susah . then ayah jumpa doktor , doktor tu kata kat ayah , buat masa ni jangan bersenam , jangan jog , makan tu bnyak sikit . tapi ayah tu still jog . ayah nak berat dia sama je . now berat ayah hanya 58kg je , yaAllah rasa mcm ringan je :p Anak anak ayah sentiasa doakan kesihatan ayah :)


-sebenarnya dah lari tajuk , atas pasal llain , bawah pasal lain . hahaha-

Happy & Sad in the day



Today,hm rasa sedih sngt atas perbuatan aku sendiri . aku tak tahu lah kenapa aku buat dia macam tu ?
aku rasa mcm hmmmm . rasa macam dia dah mula bosan dengan aku . 

Dia jadi lain pun haritu aku terungkit pasal ROKOK . aku bukannya de niat nak sakitkan hati dia . 
tapi dia de tulis status WHATSAPP mcm ni ' UNGKIT LAH LAGI . BTW THANKS '
Siapa yg tak terasa dengan status tu :( Walaupun dia kata status tu bukan untuk aku , tapi aku tahu dia cuba sembunyikan drpd aku kecewa , Ya Allah baiknya dia :') Dia banyak jaga hati aku . tapi aku ? sikit pun tak kesah pasal dia kan ? 

Kini hanya perkataan ' OKAY ' yg selalu disebut olehnya dan oleh diri aku , aku tak sedar semua tu . ya aku mengaku memang banyak salah aku , dia berubah sejak aku ungkit pasal tu , aku bodoh tak fikir apa yg aku cakap tu akan menyakitkan hati dia , dia berubah dengan amat ketara . dan dalam fikiran aku hanya fikir
' Mirza sayang aku tak ? agak agak mirza mesti dah rela nak lepaskan aku kan ? ' tu je lah yg aku fikir . tapi kalau keputusan tu dia dah buat , aku kena lah terima dengan hati yang terbuka :') 

Paling aku ragu ragu kat dia ni ialah dia layan PEREMPUAN . hah dri situ aku da mula anti perempuan sejak de MINAH yg sakitkan hati aku depan aku , time tu aku still couple dgn dia lah . siapa tak sakit hati , kawan sendiri cerita pasal pkwa kita mintak couple kat minah tuu . Paling ragu ragu kat WHATSAPP . kadang kadang ONLINE je . tu yang ragu ragu , that's why lah mesti tanya dia WASAP DENGAN SAPA ? Kalau dia jawab TENGAH WASAP DENGAN BIEL . Hah cepat cepat aku wasap habiel and tanya TENGAH WASAP DNGAN MIRZA EH ? . tu je lah yg selalunya . ntah knp aku jadi takut sngt . hm maybe sbb aku tak nak kehilangan dia . ye lah siapa yg nak kehilangan orang yg kita sayang . 


Peritnya hati kalau ditingalkan oleh orang yg betul betul cintakan kita and orang yg betul betul sayang kan kita . tipulah kalau tak perit hati tu kan ? aku akan belajar tuk buat dia bahagia seperti dulu kala . aku rindu sangat kenangan lama , aku rindu nak kacau dia and semuanya aku rindu lah . Aku mesti akan menyesal kalau dia tinggalkan aku , aku kne buat dia ' BAHAGIA ' . aku tahu dia lah orang yg betul betul sayangkan aku , orang yg betul betul cintakan aku . tapi aku tak sedar semua tu selama ni :'(


Aku pun banyak berubah dah sekarang ni . ntah lah , maybe sejak  MUNCUL ORANG KETIGA . Aku akan cuba tuk berubah balik ke anim yg dia nak sangat tu . insyaAllah one day :') hah aku bukan ape , cuma nak bgitau yg aku ni masih perlu lagi ke tuk mirza ? perlu ke eh ? ntah lah . itu semua tanya lah mirza sendiri . Paling best aku suka sangat kne kan mirza , rasanya tu hobi maybe . ' SAYANG , NAK BAJU TU ' , 'SAYANG NAK NI' Hah macam macam lah . tapi tu semua gurauan , aku suka mengusik dia ni .

Pejam celik pejam celik pejam tak yah celik , hahaha aku dengan dia dah hampir setahun . SETAHUN k , bukan sebulan dah :p macam macam yg kitaorang hadapi . tapi masalah paling teruk masa muncul orng ketiga tu laa . hah amik kau , selalu overnight fikirkan hati dia . tapi masalah tu alhamdulilah dah selesai :) aman sikit lah , sikit je tak banyak . anyways hope kekal lah . Aminnnn ........ 

New be :)

Hai :) 


Having new blogger already . hah banyak dah blogger yg aku buat . tapi semua lupa pass and email . first blogger dgn ex dlu . second blogger is mine already , yg lain tak ingat . tapi banyak dah buat blogger ni . kecik kecik dah pelupa . dah besar tak tahu macam mana nanti :) tujuan buat blogger ni just suka suka je . tak de apa pun . anyways bak kata orang blogger is tempat meluahkan perasaan . hah entah lah . aku guna bahasa rojak pulak :3 ye lah masa skolah rendah mana pandai BI ni . tak pandai tp sibuk nak ckp orng putih -.- hahaha kbye .